Wednesday 18 December 2013

PEMATERIAN

Posted by Unknown On 10:25

DEFINISI SOLDERING/PEMATERIAN

Proses menyambung pengalir (wayar penyambung atau kaki komponen) pada papan litar dengan mencairkan logam bagi menghasilkan litar elektronik.

DESOLDERING/NYAHPEMATERIAN

Proses membuka sambungan pengalir terdahulu yang tidak diperlukan bagi menggantikan pengalir yang baru

BAHAN PEMATRI


1.                  Timah Patri
Dibuat daripada campuran timah dan plumbum

a. Gred timah patri ditentukan oleh peratusan campuran timah dan plumbum

b. Gred timah patri yang biasa digunakan ialah 60:40 iaitu timah 60% dan plumbum 40%

2.                  Fluk
Dipanggil juga sebagai bahan lakur.

a. Digunakan untuk menghindarkan oksida pada bahagian pematrian dan membantu menghasilkan pematrian yang kukuh.

3.                  Bod Litar

0.  Bod litar bercetak

1. Verobod

KAEDAH MEMATRI


4.                  Sebelum Mematri
Bersihkan hujung bit pematri dengan kertas las

a.                        Panaskan alat pematri

b.                        Celupkan hujung bit pematri di dalam bekas fluks

c.                        Sentuhkan hujung bit pematri kepada sedikit timah pematri

5.                  Semasa memateri
Condongkan pematri sehingga 30 darjah

a.                        Sentuhkan hujung bit pematri kepada kaki komponen

b.                        Sentuhkan bahan pematri ke kaki komponen

c.                        Apabila timah mencair dengan baik jauhkan hujung bit pematri dan timah patri daripada kaki komponen

6.                  Selepas Mematri

 .                        Jika di dapati terdapat lebihan timah patri, cairkan dengan hujung pematri dan sedut dengan menggunakan penyedut patri

a.                        Hujung kaki komponen yang telah siap dipatri bolehlah dipotong dengan menggunakan playar pemotong sisi
Categories:

0 comments:

Post a Comment

  • Blogger news

  • Blogroll

  • About